Seperti yang saya katakan semalam, bukan mahu menunding jari kepada sesiapa, tetapi saya cuma mahu DSP Lajim Ukin sendiri sahkan sejauh mana beliau sebagai MP dahulu telah melaksanakan janji2 beliau di P 177 Beaufort.
Sana sini dalam ceramah Lajim Ukin memburukan kerajaan, mengatakan kerajaan tidak telus, mengatakan kerajaan mengabaikan rakyat, memburukkan kerajaan zalim pada rakyat dan pelbagai lagi tomahan yang Lajim lemparkan kepada kerajaan dengan pelbagai tomahan buruk sehingga melambangkan imej kerajaan itu sendiri buruk kepada rakyat kerana tomahan dan fitnah lajim.
Namun Persoalan saya sejauh mana lajim betul2 ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab dan menjalankan peranan beliau sebagai MP dalam kerajaan BN dahulu.
Bersama ini janji-janji yang Lajim berikan kepada rakyat dan pengundi Beaufort yang sehinggakini tidak dilaksanakan.
1. PEMBINAAN TEMPAT WUDUK DI SURAU KG KERUKAN
2. PEMBINAAN MASJID DI KG KERUKAN PADA TAHUN 2011
3. PEMBINAAN DEWANS ERBAGUNA DI KG BUNDU BERNILAI 1 JUTA
4. PEMBINAAN MASJID DI KG MENUMBUK BERNILAI 3 JUTA
5. PEMBINAAN MASJID DI KG TANJUNG ARU.
6. PEMBINAAN MASJID DI KG KLIAS KECIL.
7. PEMBINAAN ASTAKA DI SRJK PUI HUA RM 40 RIBU
8. PEMBINAN MASJID DI KG MELABU
9. NAIKTARAF SURAU KG MENANJUNG KABULU
10. PEMBINAAN DEWAN DI KG TAKULI RM500 RIBU.
Bila melihat Janji-janji yang di atas...soalan saya kepada lajim apa peranan beliau selama menjadi MP di Beaufort dulu? Kalau beliau betul2 menjalankan peranan maka ke 10-10 janji ini pasti ditunaikan..
DSP Lajim Ukin...TEPUK DADA TANYA SELERA... siapa yg GAGAL melaksanakan JANJI?
Salam Perjuangan....
BERKATA BENAR WALAUPUN PAHIT
Khamis, Februari 21, 2013
Rabu, Februari 20, 2013
RENDAHNYA NILAI POLITIK SEORANG MANUSIA BERNAMA LAJIM UKIN
Pendedahan PENTING yang keluar daripada mulut DSP Lajim sendiri ketika beliau berucap di Program Kebangkitan Rakyat bersama DSAI yang bertempat di Perkarangan Rumah En Justinus Baharum (Kg Linsudan Apin-apin). Akhirnya DSP Lajim mengakui sendiri berdasarkan keadaan semasa, PR Sabah hanya mampu memperolehi 3 kerusi Parlimen di Sabah. Jumlah ini jauh lebih kecil daripada apa yang digembar-gemburkan oleh PR semenanjung yang menjangkakan PR akan memperolehi 13 daripada 25 Kerusi Parlimen di Sabah.
dan saya bersetuju dengan SAUDARA EMPUNYA blog ini ANWAR KATA NIK AZIZ TAK TAU AGAMA mengandaikan BAHAWA ketiga-tiga kerusi Parlimen yang dijangkakan menang oleh DSP Lajim IALAH, P172 Kota Kinabalu. P177 Beaufort dan P186 Sandakan. Namun pun begitu bukan mudah utk Lajim mengatakan bahawa P 177 Beaufort akan kalah memandangkan calon yang bakal diletakkan di Parlimen Beaufort bukan mudah untuk ditewaskan.
Persoalannya sekarang, bagaimana lajim mahu berhadapan dengan Ketua Cabang PKR Beaufort Lajim Mohd Yusof yang sudah begitu lama mengidamkan kerusi MP/ADUN apakah begitu mudah untuk beliau memberikan laluan kepada DSP Lajim bertanding atas tiket PKR sedangkan beliau sudah lama mengidamkan kerusi2 tersebut? Apakah DSAI sebagai Penasihat PKR sanggup mengenepikan orang yang sudah lama bejuang untuk beliau semata2 memenuhi tuntutan rakus Lajim?
Dengan STATUS DSP Lajim yang masih menjadi tanya tanya dan persoalan dikalangan pengikut setia beliau, mengenai status keahlian beliau sebagai ahli UMNO? Kenapa DSP Lajim masih berteka teki dengan keahlian tersebut? Kenapa tidak umum untuk keluar UMNO kerana DSP Lajim memang sudah tidak mempercayai kepimpinan UMNO/BN? Untuk apa Datuk Lajim Haji Ukin minta dipecat daripada Umno? Tindakannya itu menggambarkan bahawa beliau bukanlah pemimpin yang ikhlas. Harus kita ingat..."Dalam sistem demokrasi, siapa sahaja rakyat negara ini bebas memilih anutan politiknya".
Kalau Lajim tidak bersetuju dengan Umno dan BN, sepatutnya secara sukarela keluarlah!!! mengapa menunggu untuk dipecat!!! mungkin Lajim masih BERHARAP UNTUK KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO/BN kerana Beliau PERCAYA hanya melalui BN/UMNO Matlamat beliau akan tercapai! dan Lajim mahu satu catatan dalam diarinya, bahawa beliau pernah dipecat daripada Umno!!!.
Lajim patut keluar Umno secara BERMARUAH kerana beliau tidak berpegang kepada perjuangan dan dasar parti dan tidak sepatutnya menunggu untuk dipecat."Inilah sebenarnya apa yang beliau mahu pucuk pimpinan parti lakukan. Beliau mahu bertindak sebagai seorang wira dan beliau dapat memberitahu rakyat yang beliau dipecat ketika sedang memperjuangkan hak rakyat.

Nak tgk janji2 Lajim Masa dalam Kerajaan yang belum beliau tunaikan? dan heboh lajim katakan pada rakyat kerajaan tidak membawa pembangunan? Siri ke 2 akan menyusul....janji2 yang lajim berikan kepada rakyat Beaufort khususnya namun beliau sendiri tidak TUNAIKAN.. TUNGGU SIRI 2, RENDAHNYA NILAI POLITIK SEORANG MANUSIA BERNAMA LAJIM UKIN.
salam perjuangan
Selasa, Februari 19, 2013
PRA PILIHANRAYA MALAYSIA KE 13
Di mana sahaja saya berada topik yang paling hangat diperkatakan adalah Pilihanraya ke 13 yang bakal akan menjelang. tidak tahu bila dan masanya yang pasti PRU pasti akan tiba.
Parti2 politik di malaysia juga tidak kurang hebatnya berkempen secara tidak sedar walaupun tempoh masa berkempen yang valid hanya pada selepas pernamaan calon, namun ramai yang sudah bersedia memainkan peranan semata2 utk memancing hati pengundi di malaysia.
Tidak kurang hebatnya berkempen dengan menggunakan kata2 kesat dikalangan anak muda juga telah menjadi sebahagian mainan politik badut sarkas yang agak kelakar dan lucu.
Benar kata sahabat saya "hendak melihat politik badut, tengok saja dimalaysia." saya hanya tersenyum dan dalam hati sendiri mengakui kebenaran itu. Rasa hormat semakin hilang, mengelarkan pemimpin dengan gelaran2 yang agak keterlaluan menjadi budaya politik malaysia dikalangan anak muda...agaknya mereka seronok begitu...:bisik hati kecil saya...
Di Sabah tidak kurang hebatnya, parti2 pembangkang (PR) yang turun 4 tahun sekali dari tanah semenanjung menagih UNDI dan simpati rakyat sabah, bak kata seorg bekas cikgu pencen "tak ubah seperti pengemis jalanan" saya hanya senyum, "ehh pelikkan? kata seorang pengundi yang saya temui, 4 tahun sekali baru nampak muka. baru mau pakai orang, jumpa rakyat, selepas PRU 12 apa mereka buat? jangan kata nak melawat, tapak kaki pun tak jejak Lapangan Terbang KK.
SAPP dan STAR parti Pembangkang yang 100% adalah orang tempatan sabah tidak kurang hebatnya. Langsung tidak mahu berkompromi dengan Parti Pembangkang semenanjung. "Baguslah, ada fight bah" itu kata seorang pengundi BBI (Bumiputra Bukan Islam). saya tanya kenapa? PKR kan bagus ada Anwar Ibrahim. PKR Offer royalti minyak 20%, banyak tu". Saya kata. sambil dia tersenyum sinis dengan saya, katanya " elok saya pilih STAR, STAR Offer 50%. mana banyak? " saya gelak..ke situ pula dia kira. macam2 persepsi dan pandangan rakyat mengenai politik.
Ada pula jenis golongan yang buat tidak tahu, khususnya golongan belia..dunia mereka hanya dengan kehidupan harian, bersama kawan2, berkerja dan bersosial, bila saya tanya kata mereka, malas nak ambik tau kak...hipokrit banyak... amboi...sesedap rasa je jwp. saya pancing lagi dengan soalan...ada ambik diskaun utk hp yg kerajaan tawarkan? jawab mereka.."org bagi kami ambik, tak salahkan kak? hehe saya senyum dan berkata tidak salah. saya pancing mereka dgn soalan paling best..."adik semua ni sokong kerajaan tak?" " kak, kami sokong kerajaan, biarpun kami bukan ahli mana2 parti. Kami semua pengundi" saya tersenyum mendengar cerita mereka. Melayan adik2 ini buat saya terfikir, kenapa mereka tidak berminat utk menyertai sebarang parti?
Nampaknya rakyat sabah semakin bijak dalam membuat keputusan. itu yang saya dapat rasakan. Saya percaya akan kita dengar bermacam2 lagi cerita pahit manis menjelang PRU ke 13.
UMNO bagaimana? Kerajaan lain pula ceritanya.. PKR? PAS? DAP? STAR? SAPP? Next story saya akn bercerita.....:)

Isnin, Januari 28, 2013
TIADA MOTIF POLITIK TERHADAP PEMBERIAN BANTUAN RM100 KEPADA PELAJAR
· Pada
15 Januari 2013 sebanyak lebih kurang 4.98 juta pelajar di seluruh negara
menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang.
· Bantuan
persekolahan RM100 ini diumukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Ini adalah kali kedua
pembayaran dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang
belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status
pendapatan keluarga pelajar dan kepercayaan politik ibu bapa mereka.
· Kerajaan
telah memperuntukkan sebanyak RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100
seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara tahun ini dan telah mula
diagihkan pada 15 Januari 2013.
· Bantuan
ini mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkan bantuan
ini sebagai keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib rakyat
dan meringankan beban bagi sesetengah rakyat yang kurang berkemampuan.
· Walau bagaimanapun, pihak pembangkang memikirkan bahawa pemberian
Bantuan RM100 itu adalah agenda politik semata-mata ekoran dengan kehadiran
pemimpin politik dari parti pemerintah semasa majlis penyerahan bantuan RM100
tersebut.
· Malah ada yang mengatakan bahawa itu adalah taktik untuk pancing
undi kerana pemberian dilakuan semasa waktu hampir pilihan raya ke 13 yang bila-bila
masa sahaja.
· Kenyataan semua murid akan mendapat bantuan RM100 juga dianggap oleh
pihak pembangkang sebagai pembohongan besar pemimpin dan kerajaan Barisan
Nasional (BN).
Sumber* Talking Point JASA/ Harian Express dan Sabah Kini
Khamis, Januari 24, 2013
Dua Buah rumah Projek Bantuan Rakyat (PBR) kampong lupak meluas yang roboh
Heboh Dua buah rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) atau Projek Bantuan Rakyat (PBR) di bawah seliaan FELCRA melalui Kementerian kemajuan luar Bandar (KKLW) telah Roboh pada hari ahad 6/1/2013 jam 9.00pagi. Puan Nisfa binti Habibulah yang tinggal disalah sebuah rumah yang terlibat memaklumkan Rumah PPRT tersebut yang diduduki oleh beliau sejak setahun yang lalu telah roboh.
Apabila sebuah lagi rumah PPRT yang dikatakan tidak berpenghuni menyebabkan kebanyakan tiang gelagar (tiang sokongan) telah dicuri menyebabkan struktur rumah menjadi tidak kukuh dan menyebabkan rumah tersebut roboh. Penduduk mendakwa sejak setahun yang lalu Rumah Pertama yang tidak berpenghuni telah diberikan kepada Puan Hajijah Binti Utoh,
Namun Begitu pemilik Rumah telah berhijrah ke Kuala Lumpur menyebabkan rumah PPRT yang sepatutnya diduduki dibiarkan kosong menyebabkan kes kecurian berlaku. Anggaran kerugian dua buah rumah PPRT ialah sebanyak RM80,000 manakala Puan Nisfa Binti Habibulah telah ditempatkan sementara waktu di tapak kediaman asal beliau di Kg Lupak Meluas. Di Sini
Kejadian rumah PPRT roboh di Sabah, merupakan kejadian ketiga selepas kejadian rumah PPRT yang roboh di Semporna dan Libaran. Isu ini dijadikan modal oleh pihak pembangkang di media sosial Facebook dan Sabahkini.net. Pembangkang menuduh bahawa, kualiti rumah PPRT yang dibina untuk golongan miskin adalah rumah PPRT yang berkualiti rendah dan tidak mengutamakan spesifikasi yang ditetapkan. Namun pun begitu sikap tidak bertanggungjawab manusia menyebabkan isu ini berlaku.
Isnin, November 26, 2012
MACAM GAJAH DENGAN ORANG BUTA
Nampak gayanya semakin kerap DSAI ke sabah utk memberi isyarat kepada rakyat semenanjung bahawa sabah semakin goyah...itu sms yang saya terima sebentar tadi dari sahabat2 blogger dan pemerhati2 politik dari sabah.
Ya saya semakin kerap mendengar DSAI masuk ke kawasan2 tertentu utk menjual apa sahaja yg dapat di dagangkan agar ianya dpt menghasilkan sesuatu yang boleh memberi keuntungan.
Meracun minda rakyat sabah dengan pelbagai janji yang saya percaya rakyat sabah bijak dalam membuat penilaian.
Rakan2 disemenanjung seringkali bertanya soalan ehh betul ke sabah goyang? sabah dah tak sokong BN? sabah itu sabah ini... mcm jadi perhatian sungguh sabah n sarawak ni...hehehe tapi spt biasa saya tetap mengatakan ORG SABAH masih sayang pd kerajaan yang sedia ada. di bawah kepimpinan k'jaan BN, masih mahu k;jaan BN terus memberikan perkhidmatan yang terbaik utk org di sabah. Tak ada sebablah kenapa mesti k;jaan BN ditolak di sabah hanya kerana cerita dua atau 3 org KATAK2 yang melompat disebabkan kepentingan peribadi tidak dipenuhi.
Seperti yang semua sedia maklum.. DSP Lajim letak jawatan Tim Menteri, Letak Jaw Ketua Bahagian tapi sehingga kini belum pun mengumumkan bila beliau hendak menyerahkan surat utk mengisytiharkan bahawa beliau BUKAN AHLI UMNO? persoalan ini sering berlegar2 tanpa jawapan dr beliau sendiri, PERSOALANYA KENAPA? tepuk dada tanya selera.
Datuk Wilfred Bomburing umum keluar parti kerana kecewa disebabkan keinginan beliau utk minta dicalonkan semula sebagai MP di P 170 Tuaran mendapat bantahan dari ahli UPKO Bahagian P 170 Tuaran. aik????.. AHLI PARTI SENDRI MENOLAK KEPIMPINAN BELIAU? apa maknanya ye? maknanya beliau gagal menjalankan tanggungjwb sebagai MP di kawasan P 170 TUARAN sehingga ditolak oleh ahli beliau sendiri. kalau ahli n rakyat dah tolak apa mungkin beliau dapat melaksanakan tanggungjwb yg diamanahkan kalaupun beliau menukar baju? agaknya dia lupa Ansari penyandang Calon Pembangkang PKR yg beliau kalahkan pada PRU ke 12.
Bila mendengar ceramah DSP Lajim n DWB saya tergelak sendiri, kenapa tidak bila mrk mengatakan kerajaan tidak bantu rakyat, Rakyat susah d bawah kerajaan BN, Kerajaan BN itu, K;jaan BN ini dan pelbagai tomahan atau fitnah yang dilemparkan setiap kali memberi ceramah hendak sahaja saya bertanya soalan....
1. DSP Lajim-1. Isu Loji Yang Dibina dengan Harga 30 Juta tapi sehingga kini Bekalan Air Masih
Terganggu dan Tidak diselesaikan dibawah kepimpinan DSP Lajim.
2. Kenapa Isu Menaik Taraf Jalanraya Kg Kekapur Tempurung sejauh 5 KM di DUN
N 26 Kuala Penyu tidak diselesaikan? Bukankah sebagai MP yang menjawat
jawatan Tim Menteri patut allert dgn isu yg menjadi buah mulut rakyat?
3. Isu menaiktaraf Jalanraya Kg Melikai Tanjung Aru 7km tidak diselesaikan sehingga
kini hingga menimbulkan runggutan? apa agaknya yang DSP Lajim buat ye?
2. DWB- 1. Isu bekalan Air Bersih sehingga kini menjadi runggutan kepada penduduk di P 170
Tuaran, Kenapa DWB tak selesaikan isu tersebut?
2. Isu naiktaraf jalanraya dibeberapa kawasan dalam N 9 Tamparuli juga dipandang remeh.
Inilah kata orang tua2 Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang DIA yang lebih.
Kesimpulanya Tepuk Dada Tanya Iman, Tepuk Dada Tanya Selera, Tanggungjwb yg diamanahkan olh rakyat diabaikan semata2 utk kepentingan sendiri. Akhirnya rakyat menjadi mangsa atas ketamakan dan ketidak bertangungjwban individu2 ini.
Adilkah utk k'jaan BN dipersalahkan, Adilkah Utk K'jaan BN menerima setiap fitnah dan tohmahan yang dilakukan olh kedua2 individu ini....mrk lupa agaknya "Bila Kita menunding 1 Jari kepada org Lain, jgn lupa 4 jari menunding kpd kita"
Macam Gajah dengan Orang Butalah.......

P177
Jumaat, September 14, 2012
AKAN ADAKAH UNSUR SABOTAJ PADA PRU KE 13?
Persoalan ini sering bermain dan berlegar difikiran penulis. Kerana apa yang berlaku di Sabah pada tahun 2008 semasa Pilihanraya ke 12 membuktikan adanya unsur sabotaj dalaman Parti komponen itu sendiri dan sekaligus hampir-hampir memberi kemenangan kepada Parti pembangkang.
Walaupun unsur sabotaj yang berlaku disabah tidak sehebat negeri-negeri lain di semenanjung namun perkara ini harus dipandang serius oleh pihak atasan UMNO agar unsur2 seperti ini tidak berlaku pada pilihanraya ke 13 nanti.
Bila membaca posting di blog ini Pemerhatian Menjelang PRU 13 saya cukup tertarik dengan pemerhatian yang diutarakan dan saya percaya melalui pemerhatian dan pandangan saya sebagai rakyat biasa memang ada kebenaran kepada pemerhatian penulis Blog ini dan sekaligus saya juga bersetuju mengenai 10 pemerhatian yang dimaksudkan.
Di sabah, Parti Politik Pembangkang tidaklah sekuat mana dan pengumuman yang dibuat oleh Datuk Lajim dan Datuk Bomburing baru2 ini sedikitpun tidak menimbulkan kegusaran pada umno khususnya dan politik di sabah. Seikitpun tidak memberi kesan kepada angin politik sabah seperti yang diwar-warkan oleh Pembangkang bahwa Parti Umno / Komponen BN bergoncang ekoran dua MP mengumumkan untuk berkerjasama dengan Parti Pembangkang iaitu PKR.
Seperti yang semua rakyat sabah dan pemimin-pemimpin politik di sabah serta pemerhati-pemerhati politik diluar sana tahu melompatnya kedua2 MP ini adalah kerana lebih bersifat peribadi. Bukan kerana tidak mempercayai kepada kepimpinan UMNO dan BN buktinya kedua-dua MP ini masih lagi berstatus sebagai ahli UMNO dan UPKO, malah kedua-dua MP ini belum pun menghantar surat kepada pihak atasan parti untuk keluar dari parti masin-masing.Ini bukti yang sangat jelas dan nyata bahawa UMNO/BN merupakan satu-satunya parti yang mampu membina masa depan rakyat sabah amnya.
Saya juga percaya pasti akan ramai lagi calon MP dan ADUN Barisan Nasional yang akan melompat Ke Pakatan Rakyat bila senarai nama calon-calon MP dan ADUN diumumkan kelak. Namun seperti kata Penulis Pemerhati Menjelang PRU 13, Lompatan tesebut tidak melemahkan Barisan Nasional atau mengukuhkan Pakatan Rakyat; cuma ia boleh digunakan untuk membina persepsi kepada parti-parti politik.
Kita berjumpa di penulisan saya akan datang.

Langgan:
Catatan (Atom)