Jumaat, Jun 24, 2011

8 TUNTUTAN PERHIMPUNAN HARAM

1.Penggunaan Dakwat Kekal untuk mengelak pengundian berlaku lebih daripada sekali oleh individu serupa.

2. Pembersihan senarai daftar pemilih terutama kepada mereka yang telah meninggal dunia dan terdapat individu yang mempunyai nama lebih daripada satu di lokaliti yang berlainan.

3. Mendapat liputan di media-media utama dan juga suratkhabar harian seperti yang telah diberikan hak penggunaannya kepada Umno dan Barisan Nasional.

Di antara Tuntutan yang konon nya ingin di perjuangkan oleh pembangkang,
Sebenarnya banyak usaha yang kerajaan telah lakukan untuk menambah baik sistem yang ada kini.
Mereka kata Media kena bebas dan telus, Habis tu akhbar Harakah, Siasah, suara keadilan dan pelbagai akhbar yang terdapat jual di kedai2 buku bukankah itu menunjukkan ketelusan dan keterbukaan kerajaan dalam perkara ini?
Keterbukaan yang bagaimana lagi mereka hendak? Saya lihat hampir semua kedai menjual pelbagai akhbar puak pembangkang. Di sana sini semua orang bebas membaca akhbar puak2tersebut, di Media sosial seperti FB, blog dan twitter khususnya saya lihat pembangkang bebas untuk bersuara, memfitnah, mencerca dan mengutuk kerajaan termasuk Perdana Menteri.Namun keperihatinan PM malaysia ini sedikit pun beliau tidak tercuak dengan kutukkan, hinaan dan cercaan yang diterima. Sedangkan beliau mempunyai kuasa untuk menghalang Akhbar dan media sosial pembangkang dari diterbitkan, tapi adakah beliau bertindak sedemikian rupa? Jawapan nya tentu tidak.
Tapi pembangkang masih juga mengatakan Kerajaan BN tidak TELUS...

Pembersihan Daftar Pemilih, Sejak dari 16 Jun 2010, SPR bergiat aktif dalam membersihkan Daftar Pemilih dalam ertikata lain mengeluarkan nama2 yang sudah meninggal dunia. NamunNama Pemilih Berdaftar yang telah meninggal dunia tidak boleh dikeluarkan daripada Daftar Pemilih selagi pengesahan rasmi kematian tidak diterima dari Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN ). Oleh itu, menjadi tanggungjawab semua pihak khususnya kaum keluarga dan Parti hendaklah memaklumkan kematian waris kepada JPN untuk dikeluarkan sijil kematian. Sijil penguburan yang dikeluarkan oleh Balai Polis tidak boleh digunakan SPR untuk memotong nama seseorang daripada Daftar Pemilih. Sjili kematian yang sah daripada JPN sahaj yang boleh diterima sebagai bukti kematian seseorang Pemilih Berdaftar.
SPR juga kini sedang bergiat aktif melalui laman WEB http://www.spr.gov.my/ meminta waris keluarga yang sudah meninggal dunia untuk memaklumkan kepada SPR mengenai kematian ahli keluarga (pemilih).

Justeru itu saya berpendapat kerajaan melalui SPR berusaha gigih untuk memenuhi kehendak dan sentiasa membuat penambah baikan dari masa ke semasa untuk memudahkan rakyat.

Saya percaya Pembangkang sudah kehilangan isu dan rentak untuk mengaburi mata rakyat. Namun saya percaya Rakyat Malaysia tidak bodoh walaupun dihidangkan dengan momokan cerita dongeng rakyta masih tahu membezakan antara yang benar dan salah.
Kata orang Berani Kerana Benar dan Takut Kerana Salah..

0 ulasan: