selepas membaca artikel didalam web ini (http://suaram.net/news/1008 mengenai(Hak Berdemonstrasi adalah Hak Asasi bawah Jaminan Perlembagaan Persekutuan. saya percaya penulis ini sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan dengan Hak berdemonstrasi sebagai Hak Asasi di bawah jaminan perlembagaan persekutuan Perkara 10 dalam perlembagaan malaysia.
MARI KITA LIHAT Apakah yang DI MAKSUDKAN DENGAN PERKARA 10 DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA..
SUMBER: http://wikisource.org/wiki/Perlembagaan_Persekutuan_Malaysia/Kebebasan_Asasi)
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan—
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah, atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara 152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
Mari saya terangkan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia, Perkara 10,Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuh Persatuan.
bermaksud
Setiap warganegara mempunyai hak untuk bebas bercakap bagi mengeluarkan buah fikiran, berhimpun secara aman dan berhak menubuhkan persatuan.
Begitulah perkara yang termaktub dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan Kebebasan bercakap dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadim hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Sesiapa yang menyebut, menulis, mencetak, menjual atau menyiarkan perkataan-perkataan yang mempunyai maksud hasutan dan menyoal perkara-perkara sensitif seperti seperti hak keistimewaan orang Melayu dianggap sebagai melakukan kesalahan mengikut undang- undang dan mereka boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda sebanyak Rm5000.
Warganegara juga berhak untuk berhimpun secara aman tanpa bersenjata. Sungguhpun demikian, perhimpunan yang terdiri daripada 15 orang atau lebih adalah haram di sisi undang-undang jika maksudnya adalah untuk menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan kerajaan atau pihak yang berkuasa. Di samping itu juga, isu-isu sensitif tidak boleh dibangkitkan dalam perhimpunan dan pengucapan umum.
Selain itu, setiap warganegara Persekutuan berhak menubuhkan persatuan dengan syarat persatuan tersebut tidak mengugat kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. Sesebuah persatuan itu akan dibatalkan pendaftarannya sekiranya difikirkan pertubuhan itu digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan dan keamanan awam.
Jelas dalam Perlambagaan Persekutuan Malaysia Perkara 10, Tidak melarang rakyat untuk mengadakan perhimpunan asalkan tidak mengganggu ketenteraman awam dan menggugat keselamatan negara. Tetapi sekiranya perhimpunan yang terdiri dari 15 orang atau lebih merupakan PERHIMPUNAN HARAM disisi undang-undang,apalagi kalau perhimpunan tersebut bertujuan mengugat, kepentingan, keselamatan dan ketenteraman awam. saya percaya perhimpunan HARAM yang akan diadakan nanti merupakan satu perhimpunan HARAM yang akan menimbulkan kekacauan menganggu gugat keselamatan rakyat dan sekali gus mengancam keselamatan negara.
Adalah tidak masuk akal sekiranya mengumpul 300,000 ORANG semata-mata hanya untuk menyerahkan satu memorandum. walhal penyerahan ini boleh dihantar sendiri melalui jalan atau melalui prosedur yang sah.
Saya melihat perhimpunan Haram yag akan diadakan ini merupakan satu hasutan dan bukan bercakap mengenai demokrasi. Inilah maksud sebenar tujuan perhimpunan HARAM ini dilakukan dan sekaligus mahu melihat keadaan negara menjadi kacau bilau dan menganggu gugat keselamatan rakyat, malah kesan yang paling teruk ialah ekonomi negara turut terjejas dan Selain soal keselamatan,perhimpunan haram itu akan memberi kesan kepada ekonomi negara yang kini pesat berkembang serta menjadi perhatian pelabur asing untuk menanam modal.
selain dari itu pendapatan peniaga dikawasan yang terlibat juga akan mengalami kerugian.Pada ,tahun 2007 adalah contoh terbaik di mana ramai peniaga menanggung kerugian akibat perhimpunan yang sama.
Kebiasanya Pada bulan julai merupakan kedatangan pelancong dari timur tengah paling ramai setiap tahun dan jika perhimpunan berlaku ia boleh menakutkan para pelancong dan sekaligus mengambarkan imej buruk kepad negara malaysia. Sedangkan malaysia dikenali oleh dunia luar sebagai negara yang aman dan makmur tanpa persengketaan.
Kalau mereka mengatakan SPR tidak telus dan tidak bersih, Pembangkang telah pun menguasai 5 negeri dan jikalau mereka mahu berkempen saya lihat di FB, twitter dan blog tidak pernah sunyi dari menceritkan perihal politik untuk meraih sokongan rakyat walaupun secara tidak jelas. walaupun pilihanraya umum ke 12 sudah berlalu hampir 3 tahun namun persada politik malaysia tidak pernah sunyi dari bercerita soal politik dan saban hari kita dihidangkan dengan cerita2 politik yang tidak pernah surut. Bukankah itu juga salah satu cara berkempen walaupun tidak jelas namun sedikit sebanyak dapat mempengaruhi minda masyarakat diluar sana dan setakat ini saya sendiri tidak pernah melihat atau mendengar pihak SPR melarang semua parti di malaysia berhenti untuk bercerita soal politik.
Saya percaya rakyat malaysia semakin bijak untuk melihat dan mentafsir sendiri apa maksud disebalik perhimpunan ini diadakan. Justeru itu saya percaya rakyat malaysia yang mencintai keamanan dan kedamaian akan mengutuk dan menolak sekeras-kerasnya perhimpunan ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan