Bila perhimpunan Haram yang akan diadakan ini nanti bertujuan untuk memprotes Suruhanjaya Pilihanraya yang kononnya tidak adil dan telus pada saya orang yang menganjurkan perhimpunan ini berfikiran cetek dan mempunyai agenda yang tersendiri.
Kenapa saya berkata demikian,sebabnya ialah
salah satu dari 8 Tuntutan Perhimpunan Haram itu ialah Tuntutan agar membersihkan senarai undi bagi saya helah politik pembangkang semata-mata,Bukan mereka tidak tahu dan tidak peka tetapi pembangkang sengaja memekakkan telinga dan membutakan mata, ini adalah kerana di Suruhanjaya PilihanRaya, Urusan pendaftaran pemilih baru bermula apabila seseorang warganegara yang layak di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan membuat permohonan kepada SPR dengan mengisi Borang A. Selepas Borang A melalui proses pendataan, SPR akan menyediakan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) mengikut empat (4) suku tahun dengan suku tahun pertama bemula daripada Januari- Mac, Suku Kedua (April-Jun), Suku Ketiga (Julai-September) dan Suku Keempat (Oktober-Disember). RDPT itu seterusnya akan dipamerkan untuk tujuan tuntutan dan bantahan tidak kira mana2 ahli dan sesiapapun boleh membuat bantahan termasuk pembangkang. Apabila urusan tuntutan dan bantahan selesai, Pendaftar di setiap negeri membuat pemerakuan DPT kepada Ketua Pendaftar di Ibu Pejabat SPR yang kemudiannya akan mengemukakannya kepada SPR untuk disahkan dan diwartakan.
Proses keseluruhan pengesahan Daftar Pemilih ini akan mengambil masa selama empat (4) bulan mulai bulan pertama setiap suku tahun.(Sebab tu saya katakan mereka buta dan pekak, tempoh 4 bulan ini cukup lama kalau hendak protes dan tak puas hati) Dalam Tempoh 4 bulan diberikan untuk mereka, mereka berhak membuat bantahan ketika senarai pemilih dipamerkan untuk bantahan dan bukannya setelah senarai berkenaan diwartakan.
Jikalau pun ada terdapat dalam senarai tersebut dikotori oleh senarai orang mati atau pengundi hantu bukan menjamin kemenangan kerajaan; kerana setiap pemilih wajib menunjukkan kad pengenalan sebelum diberi kertas undi dan senarai pemilih yang telah diwartakan hanyalah sebagai panduan kerana lazimnya, tidak sampai 85 peratus yang turun membuang undi.
Untuk turun mengundi Kad pengenalan merupakan identiti yang wajib dibawa semasa mengundi. Semasa proses pengundian dijalankan semua parti politik yang bertanding akan menghantar wakil untuk melihat proses tersebut dijalankan. Semasa proses pembuangan undi pun dilakukan dari proses Pertama menyebut nama oleh kerani SPR yang bertugas, ke Proses Ke Dua Memberikan Kertas Undi, dan proses ke tiga menebuk Kertas Undi, kesemua wakil calon boleh mengemukakan bantahan sekiranya terdapat keraguan dalam ke tiga2 proses ini. Angkat Tangan dan Nyatakan apa yang ingin dibantah.
Tetapi tidak boleh membantah sekiranya kertas undi sudah dimasukkan ke dalam Tong Undi. Justeru itu saya ingin bertanya di manakah letak nya ketidak ketelusan Kerajaan dan SPR dalam proses membuang undi ini?
Mari kita fikirkan bersama-sama, tujuan PERHIMPUNAN HARAM INI adalah untuk mengugat keamanan negara. Orang2 yang berfikiran sempit dan hilang akal sahaja akan melakukan perkara seperti ini. Ruang untuk perbincangandan daluran yang betul telah sedia ada. Jadi kenapa tidak digunakan ruang itu untuk menuntut sesuatu dengan cara yang lebih baik?
jUSTERU ITU rakyat jangan terikut rentak Perhimpunan Haram ini, Jika kita terikut dengan rentak pilihanraya haram ini maka pilihanraya sudah tidak bermakna lagi kerana rakyat berfikir boleh menjatuhkan kerajaan yang memerintah di jalan raya sebagaimana yang berlaku di Thailand dan Indonesia.
Inikah yang kita inginkan? jika mereka yang menyertai perhimpunan Bersih merusuh disebabkan kerajaan tidak mengeluarkan permit, sehingga mengancam keselamatan negara siapakah yang akan rugi? Bila keamanan dan kedamaian kita sebagai rakyat di cabul oleh mereka yang tidak bertanggungjawab?
Kita semua sudah cukup matang untuk berfikir, Renung-renungkanlah....
0 ulasan:
Catat Ulasan