Khamis, Jun 23, 2011

TUNTUTAN YANG TIDAK MASUK AKAL

Antara 8 perkara tuntutan Perhimpunan HARAM ini dibuat adalah

1. Penggunaan Dakwat Kekal untuk mengelak pengundian berlaku lebih daripada sekali oleh individu serupa.

2. Pemansuhan Undian Pos kerana pembangkang beranggapan hampir 95% undi yang tak pernah diposkan pun.

3. Pembersihan senarai daftar pemilih terutama kepada mereka yang telah meninggal dunia dan terdapat individu yang mempunyai nama lebih daripada satu di lokaliti yang berlainan.

4. Mendapat liputan di media-media utama dan juga suratkhabar harian seperti yang telah diberikan hak penggunaannya kepada Umno dan Barisan Nasional.

5. Menghentikan penyalahgunaan harta dan jentera melalui beberapa institusi kerajaan seperti Risda, Felda, Felcra, Jabatan Kebajikan dan beberapa institusi lain yang selama ini diperkudakan oleh Umno barisan Nasional.

6. Tempoh berkempen dilanjutkan kepada selama 21 hari.

7. Hentikan Rasuah

8. Hentikan Politik Kotor


Pelik tapi Benar, Inilah diantara tuntutan yang kononnya cuba diperjuangkan oleh mereka yang beranggapan mereka sebagai pejuang demokrasi. Hebat sungguh puak-puak yang saya anggap sebagai LANUN yang cuba merampas hak dan keamanan masyarakat dan sekaligus pencetus kepada Ancaman Keselamatan Negara.
Saya sendiri tidak boleh memikirkan apa sebenarnya tujuan perhimpunan Haram ini dibuat, kalau setakat hendak menuntut 8 tuntutan tersebut saya rasa ke 8 tuntutan tersebut telah pun direalisasikan oleh Kerajaan. Dari hari ke sehari kerajaan berusaha untuk mengatasi dan menambahbaik apa yang kurang dalam sistem pentadbiran yang sedai ada.

Ke semua tuntutan ini jelas berniat buruk dengan menimbulkan persepsi dan tanggapan buruk di kalangan rakyat seolah-olah pihak Kerajaan bodoh, tidak adil dan tidak mengamalkan ketelusan demokrasi di negara ini.

Undi pos bukanlah satu isu atau faktor yang menyebabkan kekalahan atau kemenangan suatu parti yang bertanding di dalam pilihanraya. Sebenarnya, undi pos telah lama dilaksanakan dan penambahbaikan saluran undi pos turut telah dilaksanakan agar individu-individu yang terpaksa melakukan undi melalui undi pos dapat menunaikan tanggungjawab mereka. Namun kerana ketelusan kerajaan, cadangan untuk menggantikan Undi Pos dan akan diganti dengan Undi Sistem pengundian awal yang membolehkan pengundi berdaftar mengundi lebih awal akan dilaksanakan dan dua hari sebagai tempoh bertenang mungkin turut diperkenalkan dalam sistem pilihan raya di Malaysia.

Saya tidak tahu dari mana cerita-cerita dongeng yang dimomokkan dengan ketelusan undi pos oleh pembangkang yang kononnya pasukan berunifom seperti tentera dan anggota polis terpaksa memangkah undi dihadapan ketua mereka. Kemudian, di”kisah”kan pula tentang undi pos yang d’”tukar” karungnya dipertengahan jalan dan pebagai “mitos” tanpa asas mengenai undi pos turut ditohmah oleh pihak yang kalah pilihanraya (pembangkanglah tu!).

Apakah sebenarnya yang pembangkang mahu dengan perlaksanaan undi pos ini? Apakah mereka mahu pengundi undi pos mengundi dihadapannya maka baru dikatakan telus? Apakah dia mahu karung tersebut diawasi oleh Pemuda Pakatan Rakyat sehingga tiba dipusat pengiraan undi? Apa yang mereka mahu sebenarnya? kita tidak faham.

Apakah dia mahu semua anggota berunifom diberikan cuti dan pulang ke DUN mengundi masing-masing ketika pilihanraya? Dia tahukah apa yang dia minta itu tidak realistik dan tidak masuk akal? Bagaimana jika penjenayah, penceroboh atau musuh negara masuk ke sempadan ketika pilihanraya berlangsung? Apakata kalau penjenayah bermaharajalela ketika itu? Tentera tidak bertugas dan polis pula tidak bertugas. Habis, siapa nak kawal dan jaga ketentaraman umum? Itulah...BODOH TAK BOLEH DI AJAR, CERDIK TAK BOLEH DI IKUT. Bila sudah terlalu pandai dan cerdik sehingga lupa nak bezakan antara bulan dan matahari. Sudah nyer kata orang bajau Lugai2...


Dakwaan yang menyatakan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya sebagai “alat” BN dan tidak telus sudah kedengaran sejak puluhan tahun dahulu, sejak PAS dan DAP wujud. Alasan ini digunakan pada setiap PRU dan PRK apabila pihak pembangkang kalah di DUN dan Parlimen yang ditandinginya. Itu sudah lumrah pembangkang yang TIDAK CERDIK dan tidak mahu menerima hakikat kekalahan.

Namun, bila pembangkang menang, tidak pula kedengaran tuduhan “SPR begitu” atau “SPR begini”! Sebagai contoh, kemenangan pembangkang di Parlimen Pendang yang menemukan Allahyarham Fadhil Noor (PAS) dan Datuk Othman Abdul (BN) yang menyaksikan BN tewas. Begitu juga dengan PRK Bukit Gantang yang dimenangi Nizar “mata sepet”, tiada pula sebut “SPR anjing BN”. Tapi bila kalah, pembangkang “menyalak macam anjing” menuduh SPR yang bukan-bukan.

Sebenarnya, SPR sudah sekian lama telus, sejak pilihanraya umum yang pertama lagi! Tapi sudah lumrah pembangkang yang cuba mempotretkan bahawa SPR menipu dan sebagainya apabila kalah, maka Kerajaan diburuk-burukkan dengan tuduhan tidak berasas seperti ini. Mengapa tidak buat laporan polis saja? Lapor sajalah! Kalau terbukti dan menang kes, kita tukar SPR!

Peliknya, di setiap PRU mahupun PRK, SPR turut membenarkan wakil dari parti bertanding untuk menyertai SPR, berada dekat pada tong undi dan turut menyelia perjalanan pengundian di setiap saluran pusat mengundi. Dari awal hingga akhir perjalanan proses penguandiann wakil parti dibenarkan untuk turut serta bagi melihat proses pengundia tersebut. Apa lagi yang dia mahu? Takkanlah nak wakil tersebut di”masuk”kan sekali ke dalam peti undi untuk pastikan SPR tak menipu??? Wakil parti mengiringi peti undi sampai ke pusat pengiraan undi pulak tu! Takkanlah wakil PAS nak menipu pula?

Pelik sangat dengan tuntutan Perhimpuna Haram ini,
Kononya orang yang mengetuai Perhimpunan Bangang ini seorang yang terpelajar dan hebat, tapi takkan benda2 macam ini tidak boleh berfikir dengan hebat?
Nampak sangat hanya mau menunjukkan kehebatan yang hanya menampakkan kebodohan dan kelemahan diri sendiri,

seperti kata nabil "LU FIKIRLAH SENDIRI"

(http://www.mykmu.net/?p=8144)

0 ulasan: