Jumaat, November 04, 2011

SEJARAH 20 PERKARA SABAH (siri 2)

Selepas kita mengetahui isi kandungan 20 perkara, sekarang mari kita faham dan baca sejarah 20 perkara Sabah.Dengan penjelasan mengenai sejarah 20 perkara ini kita akn lebih faham apa sebenarnya perkara 20 yang sering ditimbulkan oleh pembangkang itu adalah tidak tepat.

SEJARAH 20 PERKARA SABAH

1. Selepas Tunku Abdul Rahman mengumumkan Pembentukan Malaysia,Tun Donald Stephens adalah orang yang pertama membantah Pembentukan Gagasan Malaysia ini. Pada masa itu beliau merupakan Pemimpin United National Kadazan Organization (UNKO).

2. Tun Donald ataupun Tun Fuad Stephens bekerjasama dengan Brunei dan Sarawak untuk menghantar memorandum kepada Secetary General United Nation di New York untuk membantah Pemubuhan Gagasan Malaysia.

3. Tun Fuad juga pada ketika itu telah mengeluarkan kenyataan akhbar di surat-surat khabar tempatan di Sabah bahawa pembentukan Malaysia hanyalah satu konspirasi di antara British dan Malaya untuk menjajah Sabah ataupun Borneo secara amnya.

4. Namun begitu, Tun Fuad telah menghadiri Persidangan Parlimen Komanwel di Singapura. Di mana ketika itu, Lee Kuan Yew Perdana Menteri Singapura telah menerangkan kebaikan-kebaikan yang diperolehi sekiranya menyertai Pembentukan Malaysia pada ketika itu.

5. Sekembalinya Tun Fuad ke Sabah beliau melihat semula Pembentukan Malaysia kerana beliau sedar banyak kebaikan jika Sabah menyertai pembentukan tersebut. Selepas itu, Tun Fuad telah pergi ke Kuala Lumpur untuk bertemu Tunku Abdul Rahman.

6. Sekembalinya beliau ke Sabah, beliau telah membentuk The Malaysian Solidarity Consultative Committee (MSCC).MSCC ini dipengerusikan oleh Tun Fuad yang berfungsi untuk meneliti kebaikan-kebaikan Sabah menyertai Pembentukan Malaysia.
7. Selepas banyak pertemuan dilakukan MSCC mendapati bahawa Pembentukan Malaysia adalah sesuatu perkara yang realistik dan akan membawa kebaikan kepada rakyat Sabah

8. Selepas MSCC, Suruhanjaya Cobbolt ditubuhkan yang terdiri daripada Lord Cobbolt yang mewakili British, Tun Ghazali Shafie dan seorang bekas Ketua Menteri Penang. Mereka telah bergerak ke seluruh pelusuk Sabah dan mendapati 1/3

daripada rakyat Sabah menyokong Penubuhan Malaysia, 1/3 tidak menyokong, dan 1/3 lagi tidak mengetahui mengenai Penubuhan Malaysia tersebut.

9. Walau bagaimanapun, menurut laporan Lord Cobbolt, hasil daripada tinjauan mereka di seluruh kawasan Sabah dan Sarawak belum bersedia dan sepatutnya diberikan kemerdekaan terlebih dahulu sebelum membentuk Malaysia. Namun setelah rundingan dibuat Lord Cobbolt setuju menandatangani penyata hasil dapatan mereka menjelajah ke seluruh pelusuk Sabah pada masa itu.

10. Selepas itu, Load Lawnsdowne Committee yang dipengerusikan oleh Lord Lawnsdowne dan Tunku Abdul Rahman sebagai timbalan pengerusi pada ketika itu, ahli-ahlinya terdiri daripada UNKO, ECA, dan USNO. Pada masa itu Tun Fuad telah dipilih sebagai jurucakap untuk menyuarakan suara-suara pemimpin tempatan Sabah. Pada ketika itu juga semua pemimpin tempatan telah bersetuju bahawa mereka akan membawa 20 Perkara Sabah ke IGC.

11. 20 Perkara merupakan persetujuan bersama ke semua pemimpin parti politik Sabah yang diketuai oleh Tun Fuad Stephens (Kadazan Dusun) Tun Mustapah (Bumiputera Islam) dan Datuk Goh Sia Chu (Cina).

12. Selepas rundingan demi rundingan dibuat di IGC, dan selepas 20 Perkara Sabah diteliti satu persatu, hasilnya 20 Perkara Sabah tersebut diserap ke Perjanjian Malaysia pada tahun 1963 yang ditandatangani di London oleh British, Malaya, Sarawak,Sabah dan Singapura.

13. Perjanjian Malaysia yang telah ditandatangani dokumennya di London oleh Wakil dari United Kingdom, wakil Malaya Tunku Abdul Rahman, wakil Sabah Tun Mustapah, Wakil Sarawak dan juga Wakil Singapore pada tahun 1963.

14. Buku hasil tulisan Tun Ghazali Shafie mengenai 20 Perkara Sabah dan kaitannya dengan Brunei adalah satu bahan rujukan yang terbaik sekiranya ingin mengetahui lebih terperinci mengenai kewujudan 20 Perkara Sabah ini.


Sumber:-

1. Program Wacana Ilmuan Negara (WINNER)
Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sabah.

2. Y.Bhg Tan Sri Dr Herman Luping, individu yang terlibat di dalam membuat 20 Perkara Sabah.

3. YB. Datuk Datu Nasrun bin Datu Mansur, Peguam merangkap ADUN N 50 Lahad Datu.

4. Y.Bhg Datuk Datu Tiga Belas bin Datu Zainal Abidin, Pengarah Arkib Negeri

0 ulasan: