Saya kira, kita masih lagi berhadapan dengan ‘sindrom kejutan’ yang bukan kecil, apabila signal rakyat diberikan kepada kita pada PRU12 yang lalu.semua kesilapan harus dilihat melalui ‘angle’ atau perspektif mana sekalipun – wujud suatu ‘wave’ yang nyata bahawa kita tidak boleh lagi mengamalkan budaya dan kaedah politik lama; dalam suasana serba terbuka dan demokratik yang kita sama-sama perteguhkan selama ini. Mungkin daripada satu segi, kita menjadi mangsa kepada kejayaan kita sendiri – ‘we are fast becoming the victim of our own success’, untuk membuka ruang bersuara yang lebih luas dan terbuka.
Kita tidak silap untuk membuka ruang itu. Kita tidak wajar kesal kerana membukanya. Namun, kesilapan BN-UMNO itu ialah tidak bersedia dengan cukup untuk menghadapi perubahan landskap pemikiran bangsa dan corak pemikiran orang kita; samada di kota mahupun di desa. Sementara kumpulan orang Melayu di kota mahukan kepimpinan yang ‘cakap serupa bikin; telus, transparent dan efisien, mereka yang di kampung ingin melihat kepimpinan yang ‘rendah diri, kukuh moral, tidak sombong dan teguh berpaksikan agama’. Di mana kita di dalam ‘dua ekstrim’ kemahuan rakyat ini? Apakah UMNO mempunyai ‘versatility’ untuk memberikan ‘wajah kepimpinan’ ini?
Itulah yang menjadi persoalannya kini, namun saya percaya setiap teguran yang dibuat oleh rakyat yang mahukan BN-UMNO Berubah didengar dengan teliti oleh keimpinan tertinggi BN-UMNO, kerana itulah banyak dasar baru yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri untuk kebaikan BN-UMNO. Sebagai Contoh, semasa PIRU KE12, dilihat UMNO-BN tidak memandang berat mengenai kebangkitan pengundi muda melalui suara mereka yang nampak lantang dizahirkan melalui penulisan blog, Mungkin kerana kelantangan suara itu yang dilihat tidak menggugat BN-UMNO maka suara itu dipinggirkan. tetapi kini pendekatan YAB PM kepada generasi ini dilihat semakin terserlah, berbagai mekanisma pendekatan yg digunakan utk mendekati golongan ini, Suara Belia melalui media sosial tidak dipandang enteng.Pelbagai transformasi mendekati golongan ini dilakukan agar mereka tidak merasa terpinggir.
Saya percaya kalau pendekatan ini berterusan maka golongan ini akan semakin dekat dengan BN-UMNO. Namun pun begitu BN-UMNO jangan terus terbuai mimpi, Berusahalah untuk mendengar suara segenap masyarakat. dalam keadaan dunia yang kini tanpa sempadan saya percaya BN-UMNO harus bersedia dari segenap aspek untuk menghadapi perubahan landskap pemikiran bangsa dan corak pemikiran orang kita.
Salam Ukhuwah
Penyambung Warisan
2 ulasan:
salam satu malaysia..
saya mewakili pihak Himpunan Hari Jutaan Belia ingin meminta emel / blog / nama & no telefon empunya blog ini..dan terus hantar ke emel saya seketeriat2012@gmail.com
diharap dpt segerakan..
harap maklum..terima kasih
salam satu Malaysia..
Saya mewakili pihak Himpunan Hari Jutaan Belia ingin meminta Emel / blog / nama dan no telefon empunya blog...harap dapat hantar terus ke emel saya seketeriat2012@gmail.com
sekian terima kasih...harap maklum
Catat Ulasan