Isnin, November 26, 2012

MACAM GAJAH DENGAN ORANG BUTA

Nampak gayanya semakin kerap DSAI ke sabah utk memberi isyarat kepada rakyat semenanjung bahawa sabah semakin goyah...itu sms yang saya terima sebentar tadi dari sahabat2 blogger dan pemerhati2 politik dari sabah.

Ya saya semakin kerap mendengar DSAI masuk ke kawasan2 tertentu utk menjual apa sahaja yg dapat di dagangkan agar ianya dpt menghasilkan sesuatu yang boleh memberi keuntungan.
Meracun  minda rakyat sabah dengan pelbagai janji yang saya percaya rakyat sabah bijak dalam membuat penilaian.

Rakan2 disemenanjung seringkali  bertanya soalan ehh betul ke sabah goyang? sabah dah tak sokong BN? sabah itu sabah ini...  mcm jadi perhatian sungguh sabah n sarawak ni...hehehe tapi spt biasa saya tetap mengatakan ORG SABAH masih sayang pd kerajaan yang sedia ada. di bawah kepimpinan k'jaan BN, masih mahu k;jaan BN terus memberikan perkhidmatan yang terbaik utk org di sabah. Tak ada sebablah kenapa mesti k;jaan BN ditolak di sabah hanya kerana cerita dua  atau 3 org KATAK2 yang melompat disebabkan kepentingan peribadi tidak dipenuhi.

Seperti yang semua sedia maklum.. DSP Lajim letak jawatan Tim Menteri, Letak Jaw Ketua Bahagian tapi sehingga kini belum pun mengumumkan bila beliau hendak menyerahkan surat utk mengisytiharkan bahawa beliau BUKAN AHLI UMNO? persoalan ini sering berlegar2 tanpa jawapan dr beliau sendiri, PERSOALANYA KENAPA? tepuk dada tanya selera.

Datuk Wilfred Bomburing umum keluar parti  kerana kecewa disebabkan keinginan beliau utk minta dicalonkan semula sebagai MP di P 170 Tuaran mendapat bantahan dari ahli UPKO Bahagian P 170 Tuaran. aik????.. AHLI PARTI SENDRI MENOLAK KEPIMPINAN  BELIAU?  apa maknanya ye? maknanya beliau gagal menjalankan tanggungjwb sebagai MP di kawasan P 170 TUARAN sehingga ditolak oleh ahli beliau sendiri. kalau ahli n rakyat dah tolak apa mungkin beliau dapat melaksanakan tanggungjwb yg diamanahkan kalaupun beliau menukar baju? agaknya dia lupa Ansari penyandang Calon Pembangkang PKR yg beliau kalahkan pada PRU ke 12.

Bila mendengar ceramah DSP Lajim n DWB saya tergelak sendiri, kenapa tidak bila mrk mengatakan kerajaan tidak bantu rakyat, Rakyat susah d bawah kerajaan BN, Kerajaan BN itu, K;jaan BN ini dan pelbagai tomahan atau fitnah yang dilemparkan setiap kali memberi ceramah hendak sahaja saya bertanya soalan....

1. DSP Lajim-1. Isu Loji Yang Dibina dengan Harga 30 Juta tapi sehingga kini Bekalan Air Masih   
                           Terganggu dan Tidak diselesaikan dibawah kepimpinan DSP Lajim. 
                       
                       2. Kenapa Isu Menaik Taraf Jalanraya Kg Kekapur Tempurung sejauh 5 KM di DUN
                           N 26 Kuala Penyu tidak diselesaikan? Bukankah sebagai MP yang menjawat
                           jawatan Tim Menteri patut allert dgn isu yg menjadi buah mulut rakyat?

                       3. Isu menaiktaraf Jalanraya Kg Melikai Tanjung Aru 7km tidak diselesaikan sehingga
                           kini hingga menimbulkan runggutan? apa agaknya yang DSP Lajim buat ye?

2. DWB-  1. Isu bekalan Air Bersih sehingga kini menjadi runggutan kepada penduduk di P 170
                     Tuaran, Kenapa DWB tak selesaikan isu tersebut?

                 2. Isu naiktaraf jalanraya dibeberapa kawasan dalam N 9 Tamparuli juga dipandang remeh.

Inilah kata orang tua2 Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang DIA yang lebih.

Kesimpulanya Tepuk Dada Tanya Iman, Tepuk Dada Tanya Selera, Tanggungjwb yg diamanahkan olh rakyat diabaikan semata2 utk kepentingan sendiri. Akhirnya rakyat menjadi mangsa atas ketamakan dan ketidak bertangungjwban individu2 ini.
Adilkah utk k'jaan BN dipersalahkan, Adilkah Utk K'jaan BN menerima setiap fitnah dan tohmahan yang dilakukan olh kedua2 individu ini....mrk lupa agaknya "Bila Kita menunding 1 Jari kepada org Lain, jgn lupa 4 jari menunding kpd kita"

Macam Gajah dengan Orang Butalah.......
P177
 

Tiada ulasan: