· Pada
15 Januari 2013 sebanyak lebih kurang 4.98 juta pelajar di seluruh negara
menerima Bantuan Persekolahan RM100 setiap seorang.
· Bantuan
persekolahan RM100 ini diumukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013. Ini adalah kali kedua
pembayaran dilakukan yang meliputi semua pelajar sekolah rendah dan menengah yang
belajar di sekolah kerajaan termasuk sekolah Cina dan India tanpa mengira status
pendapatan keluarga pelajar dan kepercayaan politik ibu bapa mereka.
· Kerajaan
telah memperuntukkan sebanyak RM498 juta sebagai bantuan persekolahan RM100
seorang kepada 4.98 juta pelajar di seluruh negara tahun ini dan telah mula
diagihkan pada 15 Januari 2013.
· Bantuan
ini mendapat reaksi positif daripada golongan ibu bapa yang menyifatkan bantuan
ini sebagai keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) terhadap nasib rakyat
dan meringankan beban bagi sesetengah rakyat yang kurang berkemampuan.
· Walau bagaimanapun, pihak pembangkang memikirkan bahawa pemberian
Bantuan RM100 itu adalah agenda politik semata-mata ekoran dengan kehadiran
pemimpin politik dari parti pemerintah semasa majlis penyerahan bantuan RM100
tersebut.
· Malah ada yang mengatakan bahawa itu adalah taktik untuk pancing
undi kerana pemberian dilakuan semasa waktu hampir pilihan raya ke 13 yang bila-bila
masa sahaja.
· Kenyataan semua murid akan mendapat bantuan RM100 juga dianggap oleh
pihak pembangkang sebagai pembohongan besar pemimpin dan kerajaan Barisan
Nasional (BN).
Sumber* Talking Point JASA/ Harian Express dan Sabah Kini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan